Duterte halang penyelidikan saintifik di Filipina - Utusan Malaysia

Duterte halang penyelidikan saintifik di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 6 Feb. – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte melarang kehadiran penyelidikan saintifik asing di pesisir pantainya dan mengarahkan angkatan tentera laut mengusir kapal haram walaupun membenarkan pasukan pakar laut China beroperasi di kawasan itu.

Menurut Setiausaha Kementerian Pertanian, Emmanuel Pinol, Duterte menegaskan angkatan tentera laut harus menggunakan kapalnya untuk mengusir sebarang kapal nelayan atau penyelidikan selain mahu pasukan tentera udara mengawal kawasan itu.

Kawasan seluas saiz negara Greece yang dinamakan ‘Philippine Rise’ itu dipercayai kaya dengan khazanah alam termasuk tuna dan para saintis dari Amerika Syarikat (AS) dan Jepun telah banyak membuat tinjauan di kawaan berkenaan.

“Philippine Rise adalah milik kita dan sebarang sindiran yang terbuka kepada semua orang harus berakhir dengan perisytiharan ini,” kata Duterte dalam mesyuarat kabinet semalam.

Walau bagaimanapun, minat China, termasuk 18 permintaan rasmi dalam tempoh 17 tahun telah menimbulkan kebimbangan di kalangan nasionalis Filipina yang tidak mempercayai niat negara itu selepas beberapa dekad perselisihan di Laut China Selatan.

Kawasan dengan nama asal Benham Rise itu tidak berada di Laut China Selatan dan Beijing tidak menuntutnya.

Jurucakap Presiden Harry Roque mengesahkan perintah Duterte itu yang dikatakannya melibatkan isu keselamatan negara.

Beliau berkata, perintah itu berpunca daripada kenyataan seorang diplomat peringkat rendah negara asing yang mengatakan kawasan itu bukan milik mana-mana negara.

“Hak berdaulat kita tidak dapat dipertikaikan. Semua lesen dianggap dibatalkan dan tiada entiti asing yang menjalankan penyelidikan saintifik,” kata Roque sambil menambah, laluan lain akan dibenarkan mengikut undang-undang antarabangsa.

Harry bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa Duterte, sebelum ini secara peribadi membenarkan penyelidikan China di Benham Rise untuk dilakukan bersama para saintis Filipina.

Tidak ada tindak balas segera daripada kerajaan China, yang merancang untuk menjalankan penyelidikan di kawasan berkenaan bulan ini.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN