RASAH 8 Feb. – Dua angota polis berpangkat konstabel dan koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000 daripada seorang peniaga, empat tahun lalu. Mohd. Fairuz Abd. Jalil, 36, dan Norfazlizan Mat Zain, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut. Mereka didakwa menerima suapan wang tunai RM10,000 secara berperingkat daripada Chan Heng Loy, 63, bagi melepaskan, menyelesaikan kes…