Bomba pam keluar air di Kampung Mang Lot - Utusan Malaysia

Bomba pam keluar air di Kampung Mang Lot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN 6 Feb. – Hujan lebat tidak menghalang bomba menjalankan operasi khas mengepam keluar air banjir di Kampung Mang Lot di sini petang ini.

Pegawai Bomba Zon Samarahan, Rudy Fredzex Parijik berkata, mereka bertindak mengepam air di kawasan lot rumah-rumah di kampung itu untuk mengurangkan air yang masih bertakung ketika ini.

“Sebanyak 25 rumah dinaiki air yang mana satu kawasan lot rumah itu dijangka mengambil masa 10 jam jika menggunakan satu alat pengepam.

“Selepas ini, sebuah lagi alat pengepam dibawa dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan difahamkan beberapa lagi daripada jabatan serta agensi lain turut membantu” katanya ketika ditemui di sini.

Seramai 108 penduduk daripada 24 keluarga di kampung itu ditempatkan di pusat pemindahan banjir hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×