TAIPING – Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dipercayai didera meninggal dunia di Hospital Taiping di sini semalam. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, bayi yang dikenali sebagai Nur Khayra itu dihantar ke hospital oleh ibu bapanya pada Jumaat lalu kira-kira pukul 6.30 petang selepas didapati dia tidak sedarkan diri selepas jatuh dari buaian. Katanya, bayi itu kemudiannya dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi dan…