TAIPING – Seorang pekerja kantin di sebuah kilang ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang bayi perempuan yang dipercayai didera di rumah keluarganya di Kampung Paya Baru, Tekah di sini kelmarin. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Noraishah Ahmad di Mahkamah Majistret Taiping terhadap suspek yang merupakan bapa bayi tersebut di sini hari ini. Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan…