Banjir musnahkan prasarana, ganggu PdP sekolah - Utusan Malaysia

Banjir musnahkan prasarana, ganggu PdP sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TATAU – Banjir kali ketiga dalam tempoh tiga bulan memusnahkan prasarana serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebuah sekolah rendah yang terletak di tebing Sungai Kakus, di sini.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rumah Keseng Tatau, Anthony Upon berkata, sekolah tersebut mengalami banjir kali pertama pada penghujung Disember, kali kedua pada awal Januari dan kali ketiga awal minggu ini.

“Kejadian terbaharu ini menyaksikan air naik hampir tiga meter memenuhi kawasan sekolah. Peralatan sekolah seperti kerusi, meja musnah menyaksikan proses PdP tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Banjir dengan ketinggian air bukan sahaja membawa kerosakan, saya rasa buaya pun sudah boleh masuk dalam kawasan sekolah,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut hari ini.

Tinjauan Bernama di sekolah yang terletak kira-kira sejam perjalanan menaiki bot dari Pekan Tatau mendapati kawasan sekolah seperti padang sekolah, bilik darjah dan bilik guru masih digenangi air berikutan limpahan air dari Sungai Kakus.

Anthony berkata, berikutan kejadian banjir terbaharu itu, pihaknya mengarahkan 145 murid prasekolah hingga Tahun Enam untuk pulang ke rumah masing-masing demi keselamatan mereka sejak Rabu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×