KUALA LUMPUR 10 Feb. – Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir mengesahkan ayah beliau yang dimasukkan ke dalam wad di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi dalam keadaan baik.
Dalam posting terbaharu di Facebooknya, Marina berkata, ayahnya hanya memerlukan rehat.
“Jika anda bimbang. Ayah dalam keadaan baik. Hanya perlukan rehat. Dia akan kembali semula dalam masa terdekat untuk mengerjakan seseorang. (In case you’re worried, dad’s fine. Just needs some rest. Will be back to kick some butts soon.)” kata Marina Mahathir.
Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, IJN memberitahu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dimasukkan ke IJN untuk mendapat rawatan malam tadi.
IJN memaklumkan bekas Perdana Menteri itu dimasukan ke dalam wad bagi mendapat rawatan kerana jangkitan paru-paru berikutan batuk.
Dr. Mahathir akan berada di dalam wad selama beberapa hari untuk tujuan rawatan dan pemerhatian. Hanya keluarga terdekat dibenanarkan melawat.- UTUSAN ONLINE









