KUALA LUMPUR 10 Feb. – Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir mengesahkan ayah beliau yang dimasukkan ke dalam wad di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi dalam keadaan baik. Dalam posting terbaharu di Facebooknya, Marina berkata, ayahnya hanya memerlukan rehat. “Jika anda bimbang. Ayah dalam keadaan baik. Hanya perlukan rehat. Dia akan kembali semula dalam masa terdekat untuk mengerjakan seseorang. (In case you’re worried,…










