Agih pembiayaan RM60 juta - Utusan Malaysia

Agih pembiayaan RM60 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat me­nyasarkan untuk mengagihkan pembia­yaan bernilai RM60 juta di bawah Pembiayaan Pendidikan-i Bank Rakyat, khusus bagi inisiatif Super High Income Programme (SHIP) yang dikendalikan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju).

Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Zul­kiflee Abbas Abdul Hamid berkata, pembiayaan pendidikan itu merupakan kemudahan disediakan Bank Rakyat untuk membantu golongan bumiputera membiayai pengajian mereka ke peringkat berkemahiran tinggi.

“Dengan pembiayaan bernilai antara RM60,000 hingga RM200,000 bagi seorang pelajar, kami tidak menolak kemungkinan untuk meningkatkan lagi peruntukan ini pada masa akan datang jika ia mendapat sambutan di luar jangkaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis menanda­tangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Bank Rakyat de­ngan Yayasan Peneraju di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen dan Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju, Raja Azura Raja Maha­yuddin.

Sementara itu, Raja Azura berkata, pihaknya menyasarkan seramai 300 peserta program SHIP bakal menerima manfaat pembiayaan pendidikan tersebut, seterusnya me­lanjutkan pengajian di ­institusi-institusi pengajian tinggi.

“Program SHIP memberi fokus kepada empat sektor utama yang memerlukan tenaga mahir dan profesional iaitu perkhidmatan kewangan, kesihatan, maritim dan aeroangkasa.

“Ia menyasarkan golo­ngan berpendapatan pertengahan dengan pe­ngalaman bekerja dalam bidang berkaitan,” ujarnya.

Dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Ogos 2017, program SHIP merupakan aspirasi kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan profesional tempatan dalam sektor utama bagi meningkatkan bila­ngan rakyat yang berpendapatan tinggi melebihi RM20,000 sebulan.

Sejak dilancarkan, seramai 380 orang telah mendaftar dan kini dalam proses penilaian, dengan jangkaan program per­tama bakal bermula sekitar Jun tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×