ABU DHABI 6 Feb. – Sekurang-kurangnya 22 orang cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan 44 buah kenderaan di sebatang jalan, di sini hari ini.
Portal berita Khalej Times melaporkan, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 8 pagi waktu tempatan akibat jarak penglihatan yang terhad berpunca daripada kabus tebal.
Sehubungan itu, pihak berkuasa negara ini mengingatkan supaya semua pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu.










