KOTA KINABALU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan Program Usahawan Bergerak (Mobilepreneur@KKLW) yang membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia tempatan pada tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,000 usahawan bakal dilahirkan khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar. “Dengan adanya program ini, secara tidak langsung ia membantu golongan belia lepasan Giat Mara yang memiliki kemahiran menjalankan…










