Ratusan penyokong, Pacquiao atau lebih dikenali sebagai Pac Man dari Filipina sebaliknya ‘berkampung’ di galeri penonton pada sesi yang dikendalikan juruacara tinju ternama, Michael Buffer sekali gus menggambarkan LaMaquina bakal berdepan ujian paling getir dalam kariernya di Arena Axiata, Bukit Jalil esok.

Sorakan, “Manny! Manny! Manny!,” kedengaran di segenap dewan tingkat tiga pusat berkenaan sebelum Pac Man, bekas juara dunia lapan kelas ditimbang seberat 146 paun atau 66.22 kilogram manakala Matthysse, petinju Argentina, dicatat seberat 146.7 paun atau 66.54 kg.

Pacquiao berkata, satu-satunya petinju yang memenangi kejuaraan dunia dalam lapan kelas berbeza bersedia untuk merampas kembali tali pinggang welterweight menegaskan, dia amat bermotivasi untuk merangkul gelaran welterweight.

“Saya sudah bersedia. Semuanya terkawal.

“Saya cukup bermotivasi dan begitu dahagakan kejuaraan,” kata petinju berusia 39 tahun itu.

Matthysse pula menegaskan dia berada pada tahap terbaik untuk menumbangkan Pacquiao.

“Saya berada dalam prestasi terbaik dan cukup bersedia untuk pertarungan esok,” katanya. - UTUSAN ONLINE