Spurs akan berlepas ke ibu negara Sepanyol pada Rabu pagi untuk membolehkan pemain membiasakan diri dengan cuaca serta persekitaran di Madrid.

Mereka kemudian akan menentang Liverpool di Stadium Wanda Metropolitano pada hari Sabtu, pukul 8 malam waktu tempatan (3 pagi Ahad waktu Malaysia).

Persiapan lain akan diadakan di padang latihan kelab di Bulls Cross HQ, Enfield, di mana pemain lebih selesa dengan persekitaran diLondon.

Harry Kane dan rakan-rakan sepasukannya diberi cuti beberapa hari sebelum kembali mendaftar diri untuk memulakan latihan di Madrid.

Musim lalu, Liverpool berlepas ke Kiev, Ukraine lebih awal sebelum menghadapi Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara.

Itu bermakna, Reds hanya sempat menjalani latihan penuh sehari di Kiev sebelum dikalahkan oleh Real. - AGENSI