Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pemain tersebut sah mengikat kontrak selama dua musim bersama TRW.

Menurutnya, majlis ringkas menandatangi kontrak pemain berkenaan telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi.

“Saya percaya kehadiran pemain ini akan memperkasakan lagi jentera serangan TRW untuk saingan musim depan.

“Kelibat Dong-Hyun ini telah menarik minat panel kejurulatihan yang ditugaskan untuk memilih pemain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE