Giroud menyertai Chelsea dari Arsenal pada Januari 2017 dan sehingga kini hanya membuat 13 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini dia hanya menjadi pilihan kedua di belakang Alvaro Morata dan kini masih lagi bukan pilihan pertama walaupun Gonzalo Higuain gagal menyerlah selepas menyertai skuad itu bagi menggantikan Morata.

Giroud yang menjadi sebahagian daripada skuad Perancis yang menjulang Piala Dunia 2018 menegaskan bahawa dia layak untuk mendapatkan watak lebih besar bersama Chelsea.

“Saya sangat kecewa apabila saya tidak berada di atas padang tetapi saya tidak mahu menunjukkan kekecewaan itu.

“Awak perlu tukarkan kekecewaan itu kepada tenaga positif. Percayakan saya, saya tidak gembira untuk memainkan watak sokongan.

“Tahun hadapan saya perlukan peranan lebih penting. Saya perlu gembira di atas padang dan menikmati permainan selain memerlukan lebih banyak masa bermain.

“Saya adalah pesaing. Saya perlukan masa bermain. Saya mahu menikmati permainan kerana saya berusia 32 tahun dan saya sudah menang Piala Dunia tetapi saya mahu bersara dalam keadaan puas,” katanya.-AGENSI