Pochettino membimbing Spurs ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas beraksi cemerlang dalam aksi timbal balas menentang City, awal pagi tadi.

Walaupun tewas 3-4, mereka melangkah dengan kelebihan jaringan di tempat lawan dengan agregat 4-4.

Pochettino berkata, kejayaan mengekalkan Espanyol dalam saingan LaLiga pada 2008-09 semasa menjadi jurulatih buat kali pertama adalah saat paling menggembirakan.

“Saat paling indah sebagai jurulatih adalah semasa di Almeria ketika kami terselamat daripada penyingkiran kerana ia sangat bermakna buat keluarga Espanyol,” katanya.-AGENSI