Coutinho berhijrah ke Camp Nou dari Anfield pada Januari 2018 namun kini pemain tersebut dilihat bergelut untuk bersama kesebelasan utama Barcelona malah turut memberi bayangan ingin kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris.

“Saya bukan mahu memaksa mereka mendapatkan dia kembali tetapi jika ada peluang untuk Coutinho kembali maka kelab harus segera memanfaatkan peluang berkenaan.

“Adakah dia akan di alu-alukan untuk kembali? Saya tidak pasti. Bagaimanapun saya tidak nampak ada alasan untuk tidak membenarkan dia kembali.

“Suatu ketika dahulu Xabi Alonso pernah meninggalkan kami untuk ke Real Madrid, Luis Suarez ke Barcelona namun kami tetap menghargai mereka,” kata Carragher.

Pada musim ini Liverpool menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris di tempat kedua pada musim ini dengan perbezaan satu mata daripada juara Manchester City.

Liverpool juga kini selangkah meraih gelaran Liga Juara-Juara selepas mara ke saingan akhir pada 1 Jun ini menentang Tottenham. - AGENSI