Sebelum ini Cavani dikaitkan dengan perpindahan ke Napoli sebelum kontrak pemain berusia 32 tahun itu tamat pada penghujung musim depan.

Kata Cavani, dia tidak mahu memikirkan perkara tersebut dan mengesahkan keinginannya untuk terus kekal di Paris hingga kontraknya berakhir.

“Kembali ke Naples? Tidak, saya tidak mengatakan apa-apa.

“Sememangnya, saya ingin terus bersama PSG tahun depan dan berharap dapat mengakhiri kontrak saya bersama kelab ini.

“Ia cukup indah apabila bergelar juara Ligue 1, ia akan sentiasa kekal dalam kenangan saya,” katanya.

Dalam aksi terakhir Ligue 1 menyaksikan PSG menamatkan aksi terakhir liga dengan kemenangan 4-0 ke atas Dijon di laman sendiri. - AGENSI