draw-1
 

Pengasas Drawzania, Dr.Ruzaimi Mat Rani berkata, salah satu kemahiran sangat penting untuk menjadikan seseorang lebih kreatif dan inovatif adalah FVS.

"Tanpa kemahiran ini, daya kreativiti dan inovatif seseorang guru atau pelajar tidak akan dapat dicapai secara optima," katanya di sini hari ini.

Guru-guru berkenaan telah terpilih menyertai bengkel anjuran dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang, RHB Bank dan Drawzania.

Ia diadakan di Dewan SMK Pengiran Omar II, Sipatang dan merupakan destinasi kedua siri jelajah Malaysia dalam

membudayakan FVS kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi di Malaysia.

Bengkel ini memberi peluang kepada guru-guru di daerah Sipitang untuk

memahami dengan lebih mendalam tentang FVS serta cara mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bengkel yang terbahagi kepada tiga modul penting telah diformulasi oleh Dr.Ruzaimi Mat Rani iaitu asas FVS, teknik FVS dan aplikasi FVS.

Menurut Dr.Ruzaimi, jangka masa bengkel yang diadakan adalah mencukupi untuk memberi pengenalan awal kepada guru-guru tentang FVS.

Program pemantapan amatlah diperlukan untuk membolehkan guruguru ini memahami FVS dengan lebih mendalam. Dr.Ruzaimi menyatakan kebimbangan beliau tentang impak komunikasi kurang efektif kepada proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya FVS ini tidak dikuasai sepenuhnya oleh guru-guru.

Learn to freehand visualize your ideas