Pengarah PMJB, Azirin Abdul Aziz berkata, graduan berkenaan terdiri daripada pelajar sesi Disember 2017 dan sesi Jun 2018.

“Mereka yang menerima diploma hari ini terdiri daripada graduan Diploma Kewangan dan Perbankan Islam serta Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan.

“PMJB merupakan institusi latihan yang mendokong agenda nasional dalam melahirkan modal insan yang dapat memenuhi permintaan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tersebut di Dewan Ballroom, Hotel Phoenix, Forest City di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE