Pendaftaran pelajar baharu bagi ketiga-tiga program yang ditawarkan PMJB mencecah pengambilan biasa ditetapkan Jabatan Pendidikan Politeknik.

Seramai 31 penuntut mendaftar dalam program Diploma Keusahawanan, 61 penuntut dalam program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan serta 31 penuntut dalam Diploma Kewangan dan Perbankan Islam.

Sepanjang sesi minggu suai kenal itu pelbagai aktiviti dan taklimat diadakan.

 

Pengarah PMJB, Azirin Abdul Aziz berkata, tempoh itu adalah penting bagi para penuntut sebagai persediaan awal dalam menempuh perjalanan dan cabaran sebagai seorang mahasiswa.

“Dalam tempoh seminggu itu, pelajar diberi pelbagai pendedahan tentang budaya kehidupan, hala tuju dan pembelajaran di PMJB.

 

“Tidak ketinggalan juga daripada aspek keselamatan di mana penuntut diberi pendedahan dan informasi tentang isi dan cabaran keselamatan remaja di kampus oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai Polis Kampung Majidee,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

NURIN FARZANA MOHD. FAISAL
NURIN FARZANA MOHD. FAISAL 

Sementara itu, penuntut baharu dalam bidang Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan PMJB, Nurin Farzana Mohd. Faisal berpuas hati kerana fasiliti PMJB lengkap dan lokasinya sangat strategik iaitu di tengah-tengah Bandaraya Johor Bharu.

“Saya sangat menggalakkan lebih ramai pelajar untuk menyambung pelajaran di PMJB. Ketepikan pandangan negatif pihak yang tidak bertanggungjawab tentang politeknik di Malaysia,” katanya.

 

Penuntu baharu dalam bidang Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan, Muhammad Syahmi  Shahrulnizam pula berkata, sepanjang tempoh minggu itu banyak yang dipelajari dan satu daripadanya tentang disiplin diri yang banyak dididik penuntut senior PMJB. 

MUHAMMAD SYAHMI SHARULNIZAM
MUHAMMAD SYAHMI SHARULNIZAM 

"Melalui aktiviti yang dijalankan, nilai murni yang dapat saya pelajari ialah tentang bekerjasama dalam pasukan nilai berani dan keyakinan diri untuk bercakap di depan khalayak ramai," ujarnya. - UTUSAN ONLINE