Bagaimanapun, tuntutan kehidupan masa kini membuatkan ibu bapa semakin sibuk sekali gus menyebabkan mereka kurang meluangkan masa dengan anak-anak.

Kanak-kanak pula lebih banyak ‘bertemankan’ peralatan elektronik sehingga mengakibatkan terlepas detik-detik penting termasuk pengalaman bermain di luar rumah.

Dalam pada itu, ibu bapa turut menghadapi tekanan untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam akademik lalu mendorong mereka memulakan pembelajaran pada peringkat usia anak-anak yang masih terlalu awal.

Friso Gold®, salah satu jenama susu tepung rumusan kanak-­kanak terkemuka di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan kempen Growing Up Together, Naturally.

Ia bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa membesarkan anak-anak bukan hanya untuk kanak-kanak itu sendiri, tetapi ibu bapa turut mempelajari proses itu.

Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad, Eugenie Laarman berkata, kempen itu juga bertujuan memulakan pergerakan sosial yang mempraktikkan pengasuhan semula jadi dalam kalangan ibu-ibu di Malaysia.

“Friso Gold® menggalakkan pengalaman bersama di antara ibu dan anak kerana berpeluang menyaksikan kanak-kanak membesar. Dalam masa sama, ibu mempelajari perkara-perkara baharu adalah suatu perjalanan yang sangat berharga.

“Pengalaman yang pelbagai dapat menjadikan pengajaran terbaik untuk kedua-duanya dan ia boleh diperoleh daripada aktiviti fizikal, pertumbuhan emosi serta detik pembelajaran yang baik atau buruk. Perkara ini adalah sesuatu yang tidak dapat dipelajari daripada buku.

“Dengan menggalakkan ibu-ibu mengamalkan gaya keibubapaan yang lebih dinamik, ia dapat membantu membina kekuatan dan peribadi anak-anak sekali gus membolehkan mereka membesar dan belajar mengikut kemampuan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi memberi inspirasi dan sokongan kepada ibu-ibu di Malaysia untuk mempraktikkan konsep itu, Friso Gold® bekerjasama rapat dengan seorang pakar psikologi dan kaunseling, Charis Wong untuk berkongsi kepakarannya mengenai pengasuhan semula jadi serta amalan-amalannya.

“Saya benar-benar mempercayai manfaat positif pengasuhan semula jadi kerana ia menguatkan ikatan ibu dan anak melalui pengalaman bersama apabila anak-anak terdedah kepada permainan bebas dan semula jadi.

“Dalam masa sama, penglibatan dengan dunia luar dan interaksi bersama alam membantu ibu dan anak menguasai pengalaman pembelajaran melalui penggunaan deria,” kata Charis.

FRISO Gold menggalakkan pengalaman bersama ibu dan anak.
FRISO Gold menggalakkan pengalaman bersama ibu dan anak.

Friso Gold® turut bekerjasama dengan tiga ibu selebriti iaitu pereka fesyen Nurul Zulkifli, usahawan dan pereka fesyen Yiu Lin serta blogger fesyen dan keluarga Cheesie untuk berkongsi pengalaman mereka menangani pengasuhan semula jadi.

Dalam pada itu, Friso Gold® yakin gabungan susu tepung rumusan daripada jenama itu dan pendekatan keibubapaan dapat menghasilkan keunggulan dalam pengasuhan semula jadi.

Ini kerana nutrisi alam semula jadi yang terkandung dalam Friso Gold® dapat membantu kanak-kanak menjadi kuat dari dalam sekali gus memiliki daya ketahanan fizikal bagi memastikan mereka dapat merasai pengalaman membesar bersama ibu masing-masing secara semula jadi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen Growing Up Together, Naturally serta cara mengamalkan pengasuhan semula jadi, layari laman web Friso Gold® di www.frisogold.com.my.