Pelakon filem Mukhsin itu ketika dihubungi Utusan Online, bagaimanapun enggan memperincikan bilakah tarikh mereka sepakat memutuskan ikatan tersebut.

“Ya, saya dan Aishah dah putus tunang. Keputusan ini dibuat atas kedua-dua belah pihak keluarga.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat kongsikan tarikh sebenar kami putus sebab banyak hati yang perlu dijaga.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara berkenaan. Ini adalah yang pertama dan terakhir saya bagi kenyataan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Ditanya apakah wujud orang ketiga yang menjadi punca hubungan mereka berakhir, Syafie menafikan sekeras-kerasnya.

 

“Tidak!. Kami putus bukan sebab adanya kehadiran orang ketiga dalam hubungan ini. Cuma apa yang boleh dikatakan, dugaan bertunang sungguh berat buat kami.

“Mungkin ini adalah jalan yang terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan masing-masing,” jelasnya lagi.

Syafie dah Aishah yang bertunang dalam satu majlis besar-besaran April lalu merancang untuk mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini. – UTUSAN ONLINELearn to freehand visualize your ideas