Selain watak Nur, Ustaz Adam dan Juita, watak yang sangat melekat di hati adalah Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani. Buktinya, ke mana pun pergi, pasti orang akan bercakap tentang kejahatan
Ustaz Hamadi yang penghujungnya mati dibunuh oleh isteri sendiri, Aishah.

Wataknya sebagai ustaz yang mempunyai masalah mental memang wujud dalam kalangan

AZHAN RANI sebagai Ustaz Hamadi menjadi fenomena sepanjang Nur 2 disiarkan.
AZHAN RANI sebagai Ustaz Hamadi menjadi fenomena sepanjang Nur 2 disiarkan. 

masyarakat kita. 

Tahniah kepada pengarah drama Nur 2 iaitu Shahrulezad kerana berjaya mengupas isu masyarakat terutamanya kisah penunggang agama yang begitu ramai sekarang.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Shahrulezad turut mengucapkan terima kasih kepada Azhan Rani kerana kehebatan lakonannya dan berharap penonton mengambil pengajaran daripada watak Ustaz Hamadi itu.

“Selamat tinggal Hamadi. Watak yang secara peribadi meninggalkan kesan yang mendalam pada diri abam (saya) sepanjang penglibatan sebagai penulis skrip dan pengarah.

“Terima kasih Azhan Rani yang sentiasa membuatkan  abam teruja setiap kali dia menjelmakan watak ini dalam visual abam.

“Semoga watak ini memberikan sesuatu pada diri kita dalam muhasabah diri. Adakah ada ‘Hamadi’ dalam diri kita?

“Seperti kebiasaan dan kelaziman orang kita, sejahat mana pun Hamadi di mata kita pasti diakhiri dengan kata-kata ‘arwah baik orangnya’. 

Semoga Hamadi tenang di dunia sana dan semoga kita belajar sesuatunya daripadanya juga,” jelas Shahrulezad yang mahu penonton belajar sesuatu menerusi setiap karyanya.