Meskipun kisah tersebut sudah lebih lima tahun diperkatakan, namun pelakon filem Juvana itu masih dilabel sebagai ‘kaki’ baran.

“Saya tak tahu daripada mana datangnnya kisah saya susah nak beri komitmen kerja dan panas baran.

“Kalau benarlah apa yang dikatakan itu, pernah ke dengar saya ‘naik hantu’ di set penggambaran sampai nak baling kerusi kepada pengarah dan pelakon lain?

“Mungkin juga ada yang kurang senang dengan cara percakapan saya yang kasar selain wajah yang garang,” luahnya kepada Utusan Online.

Walaupun dikaitkan dengan pelbagai kontorversi kurang enak, Syazwan tetap berlapang dada dan sentiasa mencari ruang perbaiki diri.

“Saya banyak berlakon dengan produksi dan pelakon yang sama. Kalau ada masalah datang lewat dan disiplin, takkanlah orang sama nak ambil saya lagi, kan?.

“Saya hadap sahajalah apa yang berlaku dan okay dengan situasi sedemikian.

“Saya akui pernah datang lambat ke lokasi penggambaran tetapi saya cuba hadir awal dan buat yang terbaik di set.

“Saya mengharapkan orang yang pernah bekerja dengan saya sebelum ini menyampaikan kepada penggiat seni lain perkara yang positif berkenaan diri saya,” pintanya. – UTUSAN ONLINE