Mengakui kecewa, Shukri, 31, bagaimanapun reda dan menganggap belum tiba waktunya untuk dia dan isteri menimang cahaya mata kedua.

“Isteri saya disahkan mengandung pada Mac, jadi waktu keguguran kandungan juga masih awal.

“Pada mulanya isteri saya buat pemeriksaan bila sakit perut, tetapi doktor sahkan kantung kosong. Memang kecewa tetapi saya reda,” katanya.

Sementara itu Shukri akui dia dan Tya memang menantikan anak kedua selepas dikurniakan Aaira Ameena yamg kini berusia tiga tahun.

“Ikutkan saya dan isteri memang menanti anak kedua. Malah saya sendiri mengimpikan untuk mempunyai anak lelaki.

“Saya anggap tiada rezeki buat kami lagi,” katanya yang mendirikan rumah tangga pada November 2015. - UTUSAN ONLINE