Para peminat yang menggilai Mamat Exists membesar dengan lagu Untukmu Ibu yang mana, anggota dalam kumpulan itu terdiri daripada Musa, Along, Ajai, Shah dan Ujang menjadi dewasa dalam bidang muzik.

Walaupun bukan sebagai penyanyi yang dikatakan lebih mencuri tumpuan peminat, nama Musa, Along, Ajai, Shah dan Ujang juga meniti dari bibir ke bibir penggemar kumpulan Exists.

Apa tah lagi, 'backlines' Exists melebarkan sayap mereka sebagai komposer dan penerbit album bagi penyanyi-penyanyi lain.

Keluarnya Mamat dari Exists digantikan oleh Ezad Lazim, terus mendukung populariti kumpulan itu.

Hari ini, buat pertama kalinya, Exists akan mengadakan sebuah persembahan berskala besar iaitu Konsert Exists Reunion yang didambakan oleh para peminat mereka.

Jika beberapa minggu lepas, Jom Chat telah menjemput Ezad sebagai selebriti undangan bersama dengan Zamani Slam dan sempat menyelitkan tentang konsert Exists, malam ini, untuk berlaku adil, hos, Apak menjemput Mamat bersama geng Exists pula.

Jom Chat adalah segmen bual santai yang disiarkan setiap hari Rabu, 9 malam hingga 10 malam secara live di Facebook Utusan Online. - UTUSAN ONLINE