MHE TV memetik sumber melaporkan, walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Elfira Loy, difahamkan majlis tersebut akan disempurnakan esok sempena kehadiran tahun baharu.

Menurut sumber, majlisnya akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) tetapi tidak dapat dipastikan sama ada berlangsung pada belah siang atau malam.

Namun yang lebih menarik untuk didengar, perkahwinan Elfira dan Fariz ibarat penganjuran sebuah festival kerana khabarnya mereka merancang untuk mengadakan lima kali resepsi. – UTUSAN ONLINE