Acoustech dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, Teras Eco pada Khamis memeterai perjanjian usaha sama dengan Sun Rock Development Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Protasco Bhd..

Katanya, kos pembangunan kasar projek di Johor Bahru itu akan dibiayai Teras Eco sebanyak RM22.1 juta manakala pembiayaan projek itu akan dibiayai secara dalaman atau pinjaman bank.

“Di bawah projek itu Sun Rock akan membina 17 buah kedai pejabat.

“Tanpa mengambil kira perkara luar jangka, projek itu dijangka siap pada Disember 2022,” katanya di sini hari ini.

Projek berkenaan akan menyediakan akses kepada pembangunan tanah berukuran 2.38 hektar di hab perindustrian utama dan sibuk yang menawarkan kemudahan serba lengkap untuk menampung penduduk yang semakin ramai di Johor.

Projek itu dijangka menyumbang secara positif terhadap keberuntungan dan aliran tunai syarikat itu untuk tempoh tiga tahun akan datang. - BERNAMA