Pemangku Naib Presiden Eksekutif Unifi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, pelan baharu itu menawarkan empat baucar filem percuma di saluran Hypp Flicks Plus setiap bulan.

Katanya, pelan itu bukan sahaja menawarkan kelajuan internet yang lebih pantas, malah menawarkan kandungan premium menerusi saluran antarabangsa terkemuka.

“Antara saluran yang ditawarkan seperti gabungan saluran Fox dari Amerika Syarikat, rangkaian BBC, filem dan hiburan dari Korea serta saluran kanak-kanak seperti CBeebies, Nickelodeon, Dreamworks dan banyak lagi.

“Kami juga menawarkan 100 baucar VOD percuma kepada para pelanggan untuk menonton filem kegemaran mereka dengan selesa di rumah atau di mana sahaja menerusi aplikasi PlayTV@unifi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE