Ketua Pengalaman Pelanggan dan Pegawai Pemasaran Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, ahli Enrich kini boleh mengumpul dan tebus Enrich Miles apabila mereka makan di restoran Serai di Malaysia.

Katanya, ahli Enrich juga boleh menikmati faedah berkenaan di cawangan lain Serai Group termasuk Jibby & Co, Jibby East dan Jibby Chow.

“Untuk meraikan kerjasama ini, ahli Enrich akan mendapat Enrich Miles dua kali ganda apabila mereka menjamu selera di mana-mana kedai Serai Group bermula 19 April hingga 31 Mei 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Serai Group, Najib Hamid. - UTUSAN ONLINE