Memilih tema kekeluargaan, PLUS menampilkan iklan menggunakan konsep filem sesawang bertajuk Tumpang yang memaparkan perjalanan pulang ke kampung seorang pemuda, Amir yang terpaksa menumpang lori Pak Man setelah tertinggal bas.

Tanpa menggunakan nama besar dalam bidang lakonan, iklan tersebut berjaya menyentuh jiwa dengan mesej mendalam tentang kepentingan menghargai kehadiran keluarga ketika sambutan perayaan utama umat Islam di negara ini.

“Sepanjang filem ini, kami mendalami dan meneroka semangat silaturrahim. Hubungan kita dengan insan yang tersayang dan juga mereka yang berada di sekeliling kita adalah cermin kepada hubungan kita dengan Allah SWT.

“Tanpa mengira batasan umur, latar belakang atau mahupun keturunan, kita diseru untuk saling menyayangi dan saling membantu antara satu sama lain, seperti mana nilai yang dibawakan oleh PLUS sejak tiga dekad yang lalu. Adalah menjadi tanggungjawab kepada sesiapa yang mempunyai kemampuan dalam hidup ini untuk menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukannya,” kata syarikat itu dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE