Program bertema Bicara Jauhari 'Ibu bapa Cemerlang Generasi Terbilang' itu dianjurkan  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTBR2.

Pakar motivasi terkenal  Dr.Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengendalikan program tersebut dengan berkongsi tip dan panduan bagaimana menjadi ibu bapa cemerlang bagi melahirkan anak-anak yang hebat.

Yang Dipertua PIBG SKTBR2, Muhamad Tarmizi Hashim berkata, objektif penganjuran program antara lain bertujuan membuka minda ibu bapa tentang pentingnya peranan mereka dalam mencorakkan masa depan anak-anak.

"Ia juga bagi mendedahkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan yang penting untuk diterokai, difahami dan dihayati untuk mendepani cabaran masa kini," katanya kepada Utusan Online.

Yang turut hadir Guru Besar sekolah, Zaini Mat Lazin,  Penolong Kanan Pentadbiran Ruzaiton Abdul Jalil dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sarimah Mohd. Jabar.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali Harumaini Omar.-UTUSAN ONLINE