Jika dalam percubaan sulung sebelum ini mementaskan teater terbentuk ‘psycho-triller’, kali ini mereka bakal mementaskan teater bercorak bangsawan iaitu Puteri Saadong.

Lebih menarik lagi, pementasan kali ini mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) yang pastinya menjanjikan ‘kejutan.’

TEATER
 
Hasmizul Hisham Ab. Rahman
Hasmizul Hisham Ab. Rahman 

Menurut pensyarah merangkap penasihat kelab KVG Production, Hasmizul Hisham Ab. Rahman, teater karya Zack Zaideen akan diadakan di panggung budaya, Dewan Besar KVG pada 3 dan 4 Ogos ini.

Jelas beliau, pementasan kali ini dijangka lebih ‘menggemparkan’ kerana ia bakal membariskan pelakon-pelakon kolej yang lebih berpengalaman dalam seni pementasan teater.

“Pihak produksi juga bukan hanya memberi penekanan dalam aspek lakonan, malah jalan cerita, pastinya hebat dan terkesan kepada penonton yang menyaksikan teater ini.

“Aspek sinografi dari segi kekemasan set, props, kostum dan tatarias juga akan diperhebatkan dan diperhalusi agar semua unsur kekaguman ini terangkum dalam satu persembahan yang menakjubkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hasmizul Hisham, projek pementasan ini diadakan bagi memenuhi aktiviti kokurikulum Kelab Drama dan Teater KVG.

“Ia juga satu usaha untuk memartabatkan lagi seni persembahan teater dalam kalangan belia di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran penonton kira-kira 1,000 orang dalam kalangan pelajar KVG dan penduduk sekitar.

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian tiket, boleh hubungi Siti Nor’Iffalyna Ibrahim daripada bahagian publisiti dan jualan tiket, di talian 010-9301530. - UTUSAN ONLINE