Pameran anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu menampilkan pelbagai perkembangan terkini antaranya kenderaan tanpa pemandu yang menggabungkan keupayaan sensor, kamera, radar dan kecerdasan buatan (AI) berteknologi 5G.

Antara teknologi yang akan dipamerkan adalah aplikasi kehidupan nyata termasuk konsultasi dan diagnosis kesihatan, pembelajaran simulasi, e-sukan, pameran dron dan robotik yang dipamer oleh pelbagai syarikat telekomunikasi dan institusi pengajian tinggi.

Penyertaan syarikat utama pada kali ini termasuk Celcom, Digi, Ericsson, Huawei, Malaysia Automotive Robotics IoT Institute (MARii), Maxis, Nokia, Telekom Malaysia (TM), U Mobile, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), ZTE dan Altize.

Sementara itu, TM akan turut mempamerkan pelbagai produk terbaharu menggunakan teknologi 5G seperti rumah pintar, sistem trafik, industri pintar 5G dan robotik. -UTUSAN ONLINE