Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu akan ditayangkan pada 23, 24 dan 25 Ogos ini dari pukul 8.30 malam hingga 10.45 malam.

JKKN dalam kenyataan di sini hari ini berkata, teater bangsawan itu merupakan program memartabatkan warisan seni teater tradisional yang asli dan klasik melalui gaya bahasa dan pakaiannya.

"Pada dasarnya, penganjuran program ini sebagai langkah memulihara dan mengekalkan seni warisan serta memartabatkan

seni teater ke tahap yang lebih cemerlang," katanya.

JKKN berkata, teater bangsawan itu mempunyai dua siri pada tahun ini yang mana persembahan pertama akan dijayakan oleh Pertubuhan Seni Aspirasi Anak Pahang (PASAP) arahan oleh Roslan Madun dan karya daripada Zakaria Ariffin.

"Beberapa watak akan dijayakan oleh Hairi Safwan dan aktivis teater terkenal di negara ini.

“Tiket-tiket boleh didapati pada harga RM10, RM25 dan RM50. Untuk tempahan tiket boleh hubungi 03-26148262 atau 013-3206 775," katanya. - UTUSAN ONLINE