POSTER kursus antenatal anjuran Hospital Pusrawi 21 April ini.

Hospital Pusrawi dalam laman web rasminya memaklumkan, antara pengisian sepanjang program diadakan termasuk pendidikan penyusuan susu ibu, penjagaan antenatal, pemakanan sihat untuk ibu dan imunisasi bayi dan kanak-kanak.

Turut diadakan demonstrasi mandian dan urutan bayi, penjagaan tali pusat serta senaman antenatal dan postnatal.

“Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM160 dan percuma kepada pemegang kad setia junior. Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03 26875000 sambungan 2908 atau 5082,” menurut penganjur dalam laman web rasminya www.pusrawi.com.my.