Drama arahan Heykal Hanifah tersebut memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Mia Ahmad), Pelakon Lelaki Terbaik (Ashraf Muslim), Penulis Skrip Terbaik (Sofia J. Rhyland), Pengarah Terbaik, Telenovela Terbaik dan Penerbit Telenovela Terbaik (Saphire Screen Sdn. Bhd.).

Menurut Mia Ahmad ketika ditemui berkata, penganugerahan ini merupakan penghargaan buatnya yang telah memberikan lebih daripada 100 peratus usaha untuk menjayakan drama terbabit.

“Anugerah ini merupakan anugerah kategori terbaik pertama yang saya peroleh. Saya sangat gembira dan tidak menyangka akan menang kerana calon-calon lain juga hebat dan berpengalaman.

“Kemenangan ini juga sebagai pembakar semangat saya untuk terus maju dalam bidang lakonan,” katanya.

Pada malam kemuncak anugerah tersebut juga, sebanyak 35 kategori lain turut diumumkan termasuk beberapa kategori baharu serta tiga hadiah untuk tokoh bintang veteran.

Pemilihan pemenang dibuat menerusi penilaian panel juri professional ke atas 24 drama bersiri atau telenovela yang disiarkan oleh stesen penyiaran negara.

Senarai pemenang:

Novel Terbaik – 7 Hari Mencintaiku

Novel Adaptasi Terbaik – Langit Cinta

Telenovela Terbaik – Mr. Boss, Miss Stalker

Pelakon Wanita Terbaik – Mia Ahmad (Mr. Boss, Miss Stalker)

Pelakon Lelaki Terbaik – Ashraf Muslim (Mr. Boss, Miss Stalker)

Novelis Terbaik – Siti Rosmizah (7 Hari Mencintaiku)

Penulis Skrip Terbaik – Sofia J. Rhyland (Mr. Boss, Miss Stalker)

Pengarah Terbaik – Heykal Hanifah (Mr. Boss, Miss Stalker)

Penerbit Novel Terbaik – SR Publication (7 Hari Mencintaiku)

Penerbit Telenovela Terbaik – Saphire Screen Sdn. Bhd. (Mr. Boss, Miss Stalker)

Novel Popular – Suri Hati Mr. Pilot

Telenovela Popular – Suri Hati Mr. Pilot

Pelakon Wanita Popular – Neelofa (Suri Hati Mr. Pilot)

Pelakon Lelaki Popular – Fattah Amin (Suri Hati Mr. Pilot)

Pelakon Filem Lelaki Popular – Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular – Fazura

Pelakon Drama Lelaki Popular – Alif Satar

Pelakon Drama Wanita Popular – Syatila Melvin

Pelakon Lelaki Prolifik – Kamal Adli

Pelakon Wanita Prolifik – Emma Maembong

Pelakon Lelaki Sensasi – Fattah Amin

Pelakon Wanita Sensasi – Janna Nick

Ratu Telenovela Serba Dinamik – Emma Maembong

Penerbit Best Seller – Penulisan Enterprise

Pengarah Telenovela Prolifik – Micheal Ang

Penerbit Novel Prolifik – Penerbitan Karyaseni Sdn. Bhd.

Penerbit Telenovela Prolifik – Global Station Sdn. Bhd.

Penerbit Telenovela Dinamik – Dark Wave Pictures

Stesen Penyiar Telenovela Paling Ramai Ditonton – TV3 (Slot Akasia)

Stesen Penyiar Telenovela Paling Popular – TV3

Stesen Penyiar Telenovela Prolifik – Astro

Stesen Penyiar IPTV – HyppTV

Anugerah Khas Juri:

Pelakon Wanita Baharu Terbaik – Faye Kusairi

Pelakon Lelaki Baharu Terbaik – Redza Rosli

Langit Cinta

Angin Cinta

Seindah Takdir Cinta

Tokoh Veteran:

Primadona Telenovela – Fauziah Nawi

Tokoh Penghibur Sepanjang Zaman – Hamid Gurkha

Seniwati Lagenda – Datuk Sri Maria Menado