Ketua Pegawai Komersial Air­Asia Karen Chan berkata, tempahan boleh dibuat di laman web airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bermula sepanjang tiga hari tersebut bagi tempoh perjalanan antara 1 November 2019 dan 8 September 2020.

Beliau berkata, ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses keutamaan 24 jam dari 16 Jun 2019 dan menikmati akses kepada tempat duduk pada harga terendah.

“Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman air­asiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Chan, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua untuk ahli Air­Asia BIG bermula serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang dan Johor Bahru, RM89 untuk penerba­ngan ke Lombok dan Nha Trang, RM139 ke Shantou dan Bhubaneswar, dan banyak lagi.

Katanya, AirAsia X pula menawarkan tambang serendah RM179 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Chongqing, RM279 ke Osaka dan lain-lain.

“Untuk menikmati lebih ke­se­lesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur dengan tambang RM699, RM799 ke Jeju dan Taipei, RM899 ke Perth dan banyak lagi.

“Bukan itu sahaja, tetamu boleh menikmati penerbangan percuma apabila mereka menempah pakej percutian penerbangan dan hotel di airasia.com. Tetamu yang ingin menempah hanya hotel atau aktiviti juga boleh memanfaatkan diskaun sehingga 50 peratus untuk hotel terpilih dan sehingga 30 peratus untuk pelbagai aktivi­ti bagi melengkapkan percutian mereka,” katanya.