Menurutnya, beliau belum mendengar rakaman suara tersebut malah menyifatkan rakaman seperti itu boleh dibuat pada era teknologi hari ini.

“Semua kata macam itu (suara beliau) tapi sekarang macam-macam orang dituduh macam itu, hatta kalau rakaman audio pun benda ini tak mustahil orang lain yang bercakap macam itu, kecualilah saya buat kenyataan dalam sidang akhbar.

“Kenapa saya saja (yang dituduh). Adakah saya seorang saja yang jadi Menteri Besar, orang lain tak ada? Perkara ini sudah banyak kali.

“Saya tak tahu. Saya tak dengar pun, macam mana saya kata nak ya atau tidak itu suara saya. Saya tak mahu dengar benda-benda yang bersifat picisan dan datang dari sumber yang tidak rasmi, apatah lagi rakaman seperti boleh dibuat, jadi saya tak ada masa nak komen benda seperti ini,” katanya ketika ditemui semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau mengulas rakaman audio yang didakwa sebagai salah seorang exco kerajaan negerinya mengkritik Ahmad Faizal yang menzahirkan rasa kurang berpuas hati dengan cara Ahmad Faizal mentadbir Kerajaan Negeri Perak selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya merampasnya daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). - UTUSAN ONLINE