Timbalan Ketuanya, Azrul Hakimi berkata, pihaknya merasakan perbuatan individu itu adalah serius dan melampau sehingga mengancam kestabilan kerajaan negeri.

“Seharusnya exco berkenaan menghormati akan perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yg telah melantik Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.

“Kami dengan ini mendesak supaya pucuk pimpinan parti diwakili exco tersebut supaya mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana ini adalah satu sabotaj terhadap kerajaan Pakatan Harapan Perak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari hari ini mendakwa beliau tidak tahu, malah belum mendengar rakaman audio tersebut yang dikatakan umum mirip dengan suaranya.

Dalam pada itu, Azrul turut mendesak Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang sebelum ini mendakwa pernah bertemu dengan seorang exco kerajaan negeri berhubung kedudukan Menteri Besar dan perjalanan kerajaan negeri supaya tampil mendedahkan individu tersebut.

“Sekiranya benar pertemuan itu berlangsung, langkah itu jelas merupakan satu tindakan tikam belakang terhadap Menteri Besar, exco dan kerajaan negeri secara keseluruhannya,” katanya. - UTUSAN ONLINE