Menurut laporan itu, petisyen tersebut akan disokong kumpulan pendidikan Tamil akan dibuat berdasarkan ‘penyelidikan beberapa cendekiawan dan pakar kesusasteraan’ yang menunjukkan khat digunakan sebagai medium menyebarkan agama Islam.

Malaysiakini yang memetik satu laporan dan dipetik portal Free Malaysia Today berkata, tidak boleh diterima sekiranya murid bukan Islam diperkenalkan kepada khat, yang menurut beliau merupakan pelanggaran hak perlembagaan mengenai agama.

Petisyen berkenaan akan menggesa Kementerian Pendidikan mengekalkan pengenalan khat bersama-sama dengan tulisan Cina dan Tamil bagi silibus Bahasa Melayu Tahun 5.

Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa rancangan untuk memperkenalkan enam muka surat pelajaran khat dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 tahun depan telah dikaji semula. Ia kini hanya mengekalkan tiga muka surat dan menjadikan pelajarannya satu pilihan.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menafikan langkah memperkenalkan khat sebagai satu bentuk Islamisasi.

Sementara itu pemimpin politik seperti Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, khat merupakan satu kesenian dan tidak bersifat keagamaan. - UTUSAN ONLINE