Ketua Pengarahnya, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim berkata, ini kerana JMM tidak sesekali berkompromi dalam isu-isu yang melanggar nilai dan norma masyarakat.

Katanya, pihaknya memohon kerjasama agar orang ramai tidak mudah mempercayai dan terpengaruh dengan berita dan isu yang tidak benar tanpa mendapatkan pengesahan daripada sumber sah.

“Untuk makluman semua, JMM tidak sesekali berkompromi dalam isu-isu yang melanggar nilai dan norma masyarakat. Sehubungan itu, pihak kami ingin menegaskan bahawa sesi bertemu peminat oleh Kissing Krist dan Singto di Auditorium Muzium Negara sebagaimana yang sedang tular adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berita kemunculan kedua-dua pelakon berkenaan menjadi tular dalam laman Instagram sehingga menerima pelbagai reaksi netizen.

Poster promosi kemunculan kedua-dua pelakon itu dengan perkataan ‘Kissing Krist & Singto 1st Fan Meeting in Malaysia’ dikongsi di laman Instagram.

Di dalam laman Instagram itu, kedua-dua watak utama lelaki drama itu Prachaya Ruangroj atau Singto dan Perawat Sangpotirat atau Krist dijadualkan menemui peminat mereka di Auditorium Muzium Negara pada Sabtu, 20 Oktober depan dan peminat dikenakan bayaran masuk sebanyak RM700 dan RM500. - UTUSAN ONLINE