Dalam mengucapkan tahniah kepada mereka yang menjayakan Festival Filem Malaysia ke-30 semalam, Gobind berkata, ia sememangnya suatu acara yang meraikan kepelbagaian Malaysia.

"Kepada semua yang terbabit dalam industri berkenaan, acara malam tadi benar-benar mempamerkan kesungguhan dan komitmen anda untuk membina, membangun dan akhirnya menempa kejayaan. Ada semua adalah juara, teruskanlah kecemerlangannya," katanya dalam ciapan terbaharu akaun Twitter miliknya.

Gobind merasmikan acara malam tadi dan menyampaikan piala serta hadian kepada para pemenang anugerah.

Filem 'Crossroads: One Two Jaga' memenangi anugerah untuk beberapa kategori utama termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Nam Ron), Pelakon Lelaki Terbaik (Rosdeen Suboh) dan Cerita Asal Terbaik.- BERNAMA