Demikian tanda pagar ringkas menerusi satu hantaran seorang warga maya dalam media sosial berhubung isu jaringan Internet 1BestariNet yang telah diganti dengan tiga syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) baharu di sebahagian besar daripada 10,211 sekolah.

Perkara itu disuarakan oleh seorang warga maya, Ikhwan Zain dalam hantaran melalui akaun Facebook miliknya berkata, tempoh perkhidmatan YTL Communications Sdn. Bhd. (YTLC) yang memberi bebanan kepada para guru sudah pun berakhir.

“Sesi mengutip Moderm zoom YES. Maka tamat sudah perkhidmatan YTL yang membebankan guru dengan jaringan akses seperti siput biarpun (kerajaan) bayar beribu ringgit,” jelasnya dalam status ringkas menerusi akaun Facebook miliknya, baru-baru ini.

Bermula 1 Julai lalu, tawaran perkhidmatan internet percuma menerusi 1BestariNet telah dihentikan dan dibekalkan oleh tiga ISP baharu iaitu Telekom Malaysia Bhd., Celcom Axiata Bhd. dan Maxis Broadband Sdn. Bhd.

Dalam status itu Ikhwan turut meningggalkan satu tanda pagar ringkas #selamattinggalkekasihkuYES. - UTUSAN ONLINE