Menurut Adrian, dia menjadikan pujian yang diberikan oleh Seri Paduka sebagai satu motivasi untuk menghasilkan lebih banyak filem setanding Paskal.

ADRIAN TEH
ADRIAN TEH 

“Sudah tentu saya amat berbangga kerana Seri Paduka meluangkan masa untuk tonton filem Paskal.

“Terima kasih kerana memuji dan menyukai sinematografi yang dipaparkan dalam cerita berbentuk aksi ketenteraan ini.

“Bukan selalu dapat pujian daripada ketua negara. Ia juga motivasi untuk saya menghasilkan filem yang lebih baik atau setaraf Paskal pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Sementara itu, selaku bintang utama, aktor Hairul Azreen terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Seri Paduka terhadap filem tempatan khususnya Paskal.

“Saya berbesar hati dan ia penghargaan tertinggi kepada barisan pelakon dan kru penggambaran Paskal.

HAIRUL AZREEN
HAIRUL AZREEN 

“Tak sangka kerabat diraja turut menonton filem berbentuk aksi tentera seperti Paskal.

“Harapnya nanti akan ada lagi cerita-cerita yang mengangkat kisah ketenteraan pada masa akan datang , “ tutur Hairul.

Sultan Abdullah dalam wawancara Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini bertitah menonton Paskal: The Movie dan Seri Paduka kagum dengan bentuk pengarahan dan persembahannya.

“Sungguh impresif. Saya perlu akui.” - UTUSAN ONLINE