YEOH TIONG LAY
YEOH TIONG LAY

Pengumuman rasmi dijangka dilakukan oleh keluarganya pada pukul 5 petang ini, lapor The Star hari ini.

Yeoh menubuhkan YTL pada 1955 sebagai sebuah syarikat pembinaan sebelum berkembang maju menjadi konglomerat yang memiliki perniagaan di dalam sektor teknologi, perhotelan, utiliti, pembinaan dan pengurusan hartanah.

Mendiang merupakan bapa kepada Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping yang kini merupakan Pengarah Urusan kumpulan YTL.

Menurut Forbes, Yeoh dianggarkan memiliki kekayaan kira-kira RM8.2 bilion, meletakkan dirinya sebagai orang ketujuh paling kaya di Malaysia. - UTUSAN ONLINE