Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut bagi menggantikan Datuk Seri Halimi Abd. Manaf yang bersara wajib pada 12 April lalu.

Menurut kenyataan itu, Mohd. Zuki berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Pembangunan dan Perancangan) dari Universiti­ Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan), Nanyang Technological University, Singapore serta Massachusset Institute of Technology, Boston Amerika Syarikat (AS).

Mohd. Zuki pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak,Jabatan Perdana Menteri. UTUSAN ONLINE

habis/