Tinjauan Utusan Online di beberapa sekolah mendapati urusan persekolahan berjalan seperti biasa.

Suasana persekolahan di Sekolah Rendah Agama Taman Mawar iaitu sekolah pertama yang terjejas dengan insiden ini juga tidak menunjukkan sebarang masalah.

Sementara itu, seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizi, dia memilih untuk menghantar anaknya ke sekolah bagi memastikan pendidikan anaknya tidak terjejas.

“Walaupun ada antara kenalan saya yang memilih untuk merehatkan anak mereka daripada bersekolah sebagai langkah berjaga-jaga, tetapi saya yakin keadaan sudah semakin pulih.

“Saya juga bimbang pelajaran anak saya terjejas sekiranya dia bercuti terlalu lama,” ujarnya yang menetap di Taman Bukit Dahlia, di sini.

Tinjauan di beberapa tadika di kawasan sekitar juga mendapati suasana serupa dengan ibu bapa terus menghantar anak mereka bagi membolehkan pembelajaran tidak terjejas. - UTUSAN ONLINE