Jelasnya, tindakan tersebut bagi memastikan mereka yang terlibat dan bersalah menerima hukuman serta-merta.

“Peguam saya sedang meneliti setiap kes untuk dibawa ke muka pengadilan bagi memastikan mereka yang terlibat dihukum serta merta.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua agar tampil menghubungi pejabat saya di talian 03-88705004 sekiranya mereka berdepan dengan isu ini,” katanya dalam satu hantaran menerusi akaun Twitternya semalam.

Semalam, Utusan Online melaporkan Kementerian Pendidikan memandang serius dakwaan kertas penyelidikan yang dibuat oleh pelajar telah `dicuri’ apabila diterbitkan atas nama penyelia (Advisor) mereka.

Sementara itu, dalam hantaran lain di Twitter miliknya juga, Maszlee turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang turut menyokong pendirian KPM.

“Tahniah dan terima kasih UPSI kerana turut sama dengan pendirian KPM untuk tidak berkompromi isu integriti,” tambahnya. - UTUSAN ONLINE